Sunday, November 1, 2015

Saya Sayang Awak Bashirah (Kenyit Mata)


Saya tak akan jadi suami yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik.

Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba sekat setiap air mata yang menitis semampu saya.

Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan

Tapi satu perkara yang saya pasti,

~ saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)



“Wahai Bakal Makmumku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”